^_^

^_^

Rabu, 16 Mac 2016

SEKTOR PELANCONGAN MEMANCU KEMAJUAN NEGARA



SEKTOR PELANCONGAN MEMANCU KEMAJUAN NEGARA

1.0       Industri Pelancongan

            Istilah pelancongan boleh diterjemahkan sebagai perkaitan rapat dengan “ziarah” yang membawa maksud merai, mensyukuri, mengharhgai,merangkumi kepercayaan, keagamaan, keindahan kejadian tuhan di muka bumi. Industri pelancongan juga merupakan salah satu sektor yang menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia. Hari ini, sektor pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara dan penduduknya.Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara.
            Destinasi pelancongan yang banyak merupakan salah satu faktor yang mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka.  Mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi di pantai-pantai ini, selain mandi manda dan menjalankan aktiviti menyelam. Kerajaan sentiasa memberikan galakan bagi pengusaha pelancongan menjalankan aktiviti yang berkaitan supaya kebersihan dan keindahan pantai ini terus terpelihara dan seterusnya dapat menarik pelancong untuk terus mengunjungi pantai-pantai tersebut. Tegasnya, destinasi pelancongan amat berperanan bagi menarik pelancong datang ke negara kita.
            Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai jenis makanan tempatan. Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.  Pelancong dapat menikmati pelbagai makanan yang menjadi hidangan masyarakat majmuk Malaysia. Lazimnya, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan oleh pihak pengurusan hotel. Kelazatan makanan tempatan seperti sate dan sebagainya menyebabkan pelancong begitu tertarik untuk datang ke Malaysia. Situasi ini seterusnya akan membantu industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah di sini bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para pelancong.
         Kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan faktor penarik kedatangan pelancong.  Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang unik. Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong datang ke Malaysia. Tarian tradisional seperti zapin, inang, ngajat sering menggamit tumpuan para pelancong. Mereka akan merakam gambar dan ada kalanya turut mengambil bahagian dalam persembahan yang diadakan. Ringkasnya, keadaan kebudayaan yang pelbagai telah menjadi daya penarik kepada pelancong.
Pelancongan dari aspek Islam pada asasnya tidaklah jauh bezanya dengan pelancongan yang dijalankan pada hari ini. Perbezaan yang boleh didapati ialah dari segi prinsip terutamanya dari segi kepatuhan kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak. Ini dilihat berbeza dengan pelancongan sedia ada yang dilihat tidak menitik beratkan apa yang boleh diistilahkan sebagai mesra pelancong Islam. Di samping itu perbezaan dapat diperhatikan dari segi proses sepanjang pelancongan mestilah diisi dengan kegiatan yang mendapat keredaan Allah. Ia bukan sekadar aktiviti santai semata-mata. Prinsip yang juga penting dalam konsep pelancongan Islam ialah kesan yang diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan.
           

2.0       Tahap Pembangunan Industri Pelancongan
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting.Menurut pemantauan sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong yang menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara.Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit kedatangan pelancong. Peningkatan terus meningkat pada tahun 2013, iaitu endapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun tersebut dalam menjana ekonomi Malaysia. Hal ini menunjukkan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas.Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.


3.0       Sumbangan industri Pelancongan terhadap pembangunan ekonomi negara

Negara Malaysia sudah menjadi destinasi pelancongan bertaraf lima bintang sejak kempen Cuti-cuti Malaysia dilancarkan. Realitinya, sektor pelancongan banyak membawa kebaikan kepada negara.

         Dari segi ekonomi, negara kita mendapat banyak keuntungan. Hal ini demikian kerana aktiviti pelancongan meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Fenomena yang sihat ini sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

        Di samping itu, pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia dapat membaik pulih kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara. Kedudukan ringgit terus kukuh dan stabil setaraf mata wang asing utama. Hal ini berlaku demikian kerana peningkatan aktiviti jual beli di dalam negara.

          Sementara itu, sektor pelancongan turut menjadi pemangkin pembangunan negara. Hal ini terjadi demikian kerana kita dapat membangunkan negara dengan lebih lancar akibat keperluan sektor pelancongan. Oleh hal yang demikian, Wawasan 2020 yang menjadi aspirasi kerajaan mampu dicapai mengikut jadual.

            Selain itu, sektor pelancongan mampu menyumbang kebaikan kearah masa hadapan yang lebih baik.
Sesebuah negara yang berjaya memanipulasikan panorama persekitaran yang cantik, tinggalan sejarah, keunikan budaya, kemajuan ekonomi, peluang pendidikan dan rawatan, serta penganjuran acara bertaraf antarabangsa akan menarik kadar ketibaan pelancong yang tinggi dari serata pelosok dunia. Sektor pelancongan bukan sahaja muncul sebagai penyumbang besar pendapatan negara, bahkan menjana kesan pengganda yang besar dalam kegiatan ekonomi. Peluang pekerjaan dan penyelidikan dalam bidang pelancongan juga dapat dikembangkan secara lebih agresif. Dengan kemudahan perkhidmatan atas talian, keberkesanan kos dalam aspek pemasaran pelancongan dapat dioptimumkan.

Secara tradisional, pelancongan menjurus kepada keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang mempersonakan. Pelancong dalam dan luar negara menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa, sehingga menjadi terapi dan pelarian daripada urusan hidup yang begitu rencam. Malaysia memang kaya dengan destinasi pelancongan yang terhebat seperti Langkawi, Pulau Pinang, pesisiran pantai Terengganu, Hutan Belum dan Taman Negara di Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehijauan hutan tropika, desiran angin sepoi-sepoi bahasa di pinggir pantai dan pengembaraan di tempat-tempat peranginan menjadikan Malaysia bagaikan syurga dunia yang menggamit kedatangan pelancong.

Pelancongan berkonsep pengembaraan dan santai seperti yang disebutkan telah merancakkan perkembangan sektor perkhidmatan, serta perusahaan kecil dan sederhana. Agensi pelancongan berdaftar, penyedia penginapan, operator pengangkutan, sajian makanan, cenderamata, kraf tangan dan pemandu pelancong bebas tidak menang tangan dalam melayan keperluan pelancong. Pelesenan yang dikenakan kepada pemain-pemain industri pelancongan bertujuan bagi meningkatkan profesionalisme dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Lebih banyak kolej dan universiti menawarkan kursus pelancongan hingga ke peringkat doktor falsafah bagi menyiapkan pemain industri pelancongan yang lebih berdaya saing dan dihormati. Perkhidmatan yang dikendalikan secara teratur bakal memberi melonjakkan imej sektor pelancongan negara.

Malaysia juga memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik sama ada di tanah Semenanjung atau Malaysia Timur menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor pelancongan. Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai contoh hanyalah sebuah bandar yang lengang dan sepi pada suatu ketika dahulu. Pemuliharaan bangunan bersejarah seperti A Farmosa, deretan premis cat merah tinggalan Belanda dan lokasi pengisytiharan kemerdekaan di Bandar Hilir dan banyak lagi telah meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia, lebih-lebih lagi dengan status tapak warisan dunia yang dianugerahkan oleh Unesco. Monumen sejarah bersekali dengan maklumat yang disediakan menjadikan Malaysia lebih berbaloi untuk dikunjungi.

Di Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah dipromosikan dengan begitu berkesan. Kehidupan di rumah panjang dan rumah kelong (kawasan berair) juga diuar-uarkan sebagai pengalaman pelancongan yang begitu istimewa. Udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran menjadi nilai tambah yang menjadi lambang sebuah kehidupan yang tenang dan bersahaja. Pelancong antarabangsa, khususnya dari negara maju menganggap negara kita sebagai destinasi percutian murah kerana kadar tukaran asing yang menarik. Sektor pelancongan dapat menyumbang terhadap saiz rezab asing yang lebih besar.

Pelabur asing, pakar runding dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga akan tertarik dengan kemajuan ekonomi negara yang pesat. Kawasan Lembah Kelang telah lama menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan syarikat teknologi tinggi. Begitu juga dengan pembangunan pusat kewangan pesisir Labuan dan projek Iskandar Malaysia di Johor. Dengan promosi dan tawaran pakej pelancongan yang menarik, ekspetariat asing tentu akan membawa anggota keluarga melancong ke nagara ini, selain cerita mulut ke mulut dan rangkaian maya seperti facebook dan twitter tentang pengalaman indah berkunjung ke Malaysia. 

Malaysia juga telah memajukan sektor pengajian tinggi dan hospital pakar swasta. Promosi seberang laut yang agresif telah menjadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan. Program pertukaran pelajar antarabangsa akan memberi impak positif dalam jangka panjang kepada sektor pelancongan. Ketibaan pesakit dan kaum keluarga bagi mendapatkan rawatan pakar dengan kos yang berdaya saing menyumbang terhadap permintaan barang dan perkhidmatan tempatan oleh warga asing. Pembukaan kampus perubatan John Hopkins baru-baru ini menunjukkan kepercayaan universiti terkemuka dunia itu tentang prospek bidang rawatan di Malaysia. Maka, ketibaan pelajar asing dan pelancong kesihatan dijangka meningkat secara drastik.

Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum. Acara sukan pemotoran F1, Monsoon Cup kejohanan golf dan tenis terbuka Malaysia, dan Le Tour de Langkawi sebagai contoh telah menggamit kehadiran penyokong-penyokong bintang sukan antarabangsa ke Malaysia. Perbelanjaan pelancong sukan untuk pembelian tiket, makanan, penginapan dan cenderamata, serta hak iklan dan siaran telah menjana pendapatan bernilai bilion ringgit. Sekali pelancong sukan tertawan dengan keindahan alam dan budi bahasa masyarakat Malaysia, mereka pasti datang lagi. Begitu juga dengan pembinaan pusat konvensyen seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dewan persidangan hotel bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai perbincangan peringkat tinggi serta acara-acara korporat antarabangsa. Kesempatan mempromosi destinasi pelancongan negara untuk semua peserta dan penyokong mereka akan menyumbang terhadap kepesatan sektor pelancongan negara dalam jangka panjang.





4.0       Halangan Industri Pelancongan
Namun begitu, insiden yang menimpa negara baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine sedikit sebanyak boleh menjejaskan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang ke Malaysia apatah lagi tahun 2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah megatur langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan industri pelancongan negara kita terus rancak dengan kunjungan para pelancong sama ada dari dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini.

Rentetan dari peristiwa misteri kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014, telah menyaksikan jumlah ketibaan pelancong dari negara Cina sedikit terjejas.
Kepercayaan pelancong asing terutamanya dari Negara Cina telah merosot. Ramai
pelancong Cina telah membatalkan percutian mereka ke Malaysia. Di samping itu,
kekerapan penerbangan dari Cina ke Malaysia juga dilihat turut berkurang. Tragedi
kedua-dua pesawat itu telah memberi kesan ke atas pasaran Cina yang telah mengalami penurunan sebanyak 11.8 peratus bagi tempoh awal kejadian iaitu Januari hingga Julai tahun 2014 berbanding tempoh sama pada tahun 2013. Sehingga Disember 2014, trend kedatangan pelancong Cina ini dilihat tidak berubah apabila ianya terus mengalami penurunan sebanyak 9.9 peratus. Trend ini dilihat sedikit membimbangkan kerana bilangan pelancong dari negara Cina menduduki lima tangga teratas dari segi jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia sebelum ini.
Selepas beberapa insiden yang berlaku berkaitan dengan pencerobohan di Lahad Datu dan pesawat MAS, maka cabaran terkini industri ini menjadi semakin hebat. Industri ini diuji dengan keadaan yang paling sukar iaitu mengembalikan kepercayaan pelancong asing serta menanamkan keyakinan pelancong asing bahawa Malaysia adalah negara yang selamat untuk dikunjungi. Sebelum ini cabaran industri pelancongan Malaysia adalah menghadapi persaingan dengan negara-negara ASEAN yang memiliki produk pelancongan yang hampir sama dengan Malaysia. Cabaran lain yang dihadapi adalah untuk memperkenalkan Malaysia, sebagai sebuah negara yang unik dengan memiliki kepelbagaian etnik.




5.0       Sistem Sokongan Oleh Pihak Kerajaan

Pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung. Produk pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat menikmati sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka tidak akan pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

          Selain itu, pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh, karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Secara implisitnya, bilangan pelancong ke negara kita akan semakin meningkat. Tegasnya, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

            Meninjau skop yang lebih luas lagi, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini untuk menjadi tarikan kepada para pengunjung. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa seperti ini memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan meningkat. Mereka bukan sahaja datang untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja.  Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

            Seperkara lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetetif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Hal ini sekali gus akan mendorong para pelancong untuk melancong dan berehat di sini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita..
            Uslub dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Mereka ingin menjadikan percutian di Malaysia sebagai serampang dua mata. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Namun begitu, kualiti barangan yang dijual haruslah terpelihara supaya para pelancong berasa puas hati ketika membeli-belah di negara kita dan janganlah indah khabar dari rupa. Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Izharlah bahawa penghapusan dan pengurangan cukai belian barangan dapat merancakkan industri pelancongan negara.

            Jika ditinjau dari sudut yang lain, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Faktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke destinasi pelancongan yang menjadi pilihan di hati mereka. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan pasukan keselamatan perlu ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan lebih kerap di kawasan tumpuan pelancong. Sehubungan dengan itu, pelancong dapat melancong di negara kita dengan lebih selesa dan sekali gus imej negara terpelihara di mata dunia. Pendek kata, kawalan keselamatan yang baik mampu meningkatkan industri pelancongan negara.

                Akhir kalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa  terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Memang diakui pelancongan merupakan suatu industri yang cukup berpotensi dan begitu menguntungkan. Oleh itu, usaha memajukan industri pelancongan bukanlah terletak atas pundak pihak berkuasa semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah mentari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan negara kita terus meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seantero dunia demi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk kemaslahatan bersama.




6.0       Langkah-langkah untuk mendorong dan membangunkan industri kecil sederhana luar Bandar

Usahawan-usahawan tani IKS perlu mahir dalampengurusan kewangan khasnya bagi meningkatkan kejayaan perniagaan mereka.
Bagi bakal-bakal usahawan tani IKS yang ingin memulakan perniagaan adalahlebih baik sekiranya mereka mempunyai pengalaman bekerja terlebih dahulu,mempunyai kelulusan akademik yang baik dan menghadiri apa jua latihan ataukursus yang berkaitan supaya kelak mereka dapat menguruskan perniagaanmereka dengan baik.
Kebanyakan usahawan tani IKSBumiputera yang dikaji ingin mengikuti kursus-kursus perniagaan dankeusahawanan. Justeru, pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tanidan pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan usahawan tani khususnyaseperti FAMA, Jabatan Pertanian dan MARDI perlu mengadakan kursus-kursusyang relevan bagi membimbing usahawan tani IKS dalam pengurusan perniagaanmereka. Jenis kursus atau latihan yang hendak diberikan perlulah sesuai denganjenis perniagaan. Misalnya, bagi peserta kajian ini, mereka lebih memerlukankursus-kursus pemasaran, pengurusan kewangan, motivasi usahawan dan kursusasas perakaunan.
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) pula seharusnya adil dansaksama dalam membantu memasarkan produk-produk keluaran usahawan taniIKS. FAMA juga sewajarnya membuka satu tapak ruang niaga khas untukusahawan tani di mana ia beroperasi dari awal pagi hingga ke petang pada setiaphari dan bukannya sekadar dua kali seminggu di pasar-pasar tani yang terpilih.
Pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani juga perlu mengambil inisiatifuntuk menyediakan satu unit khas di setiap daerah atau mengikut kawasankawalannya bagi menyediakan khidmat nasihat perniagaan dari segala aspek supaya usahawan tani dari setiap kawasan senang untuk mendapatkan khidmatnasihat. Malah unit ini juga boleh ditugaskan untuk mengendalikan apa juaprogram pembangunan usahawan setempat, seperti mengadakan kursus jangkapendek, seminar, ceramah dan sebaran maklumat-maklumat penting perniagaan,tidak lupa juga turut mengadakan aktiviti pemantauan untuk melihat masalah yang dihadapi oleh usahawan tani IKS.Usahawan tani IKS digalakkan untuk menubuhkan persatuan perniagaan disetiap daerah yang terlibat supaya mereka boleh berkongsi maklumat perniagaandan tolong-menolong antara satu sama lain.
Lambakan buah-buahan yang wujud ketika musim buah menyebabkan ramaiusahawan tani mengalami kerugian. Mekanisma baru diperlukan untuk mengatasimasalah ini. Hakikatnya penyelidikan dalam sektor makanan dan pertanianmestilah kreatif dan inovatif sehingga ia dapat menghasilkan peluang perniagaanbaru bukan sahaja menjadikan perniagaan IKS berdaya maju tetapi juga dapatmenyumbang kepada kemajuan teknologi makanan dan pertanian sejagat.
Penyelidikan perlulah juga menjurus kepada kaedah yang sesuai untuk digunakanoleh IKS. FAMA perlu berfikir secara glokal dan bertindak sebagai saluran
pemasaran bukan sahaja dalam aspek pemasaran barang keluaran tetapi jugadalam pemasaran bahan mentah keperluan pengusaha.
Walaupun konsep pasar tani masih wujud, misalnya sekali dalam seminggu dan
pasar dikhususkan kepada petani dari luar bandar, namun kini sudah menjadipasar eksklusif. Pasar tani boleh memenuhi minat golongan menengah atas yangmampu membayar premium untuk mendapatkan sayur kampung dan ikan airtawar yang segar.
Dapatan kualitatif menunjukkan betapa pentingnya bentuk pembungkusandalam melariskan produk. Disebabkan terlalu ramai usahawan tani IKSBumiputera mengalami masalah dari segi pemasaran, maka pertubuhan sepertiFAMA boleh memainkan peranan bagi membentuk pasukan penyelidik yangkhusus menumpukan perhatian kepada kaedah pembungkusan, penyimpanan,persembahan, penghidangan dan penjualan.
Oleh itu, menjadi cabaran kepada pengusaha IKS untuk cuba mencari strategi baru dan cuba memenuhi kehendak pelanggan samada melalui proses pemasaranyang canggih atau melalui pengeluaran produk baru yang dianggap lebih baik sertakos efektif. Aktiviti penyelidikan dan inovasi keluaran pertanian dan makananakan menentukan kebolehan bersaing usahawan tani dalam sektor ini.

Elemen boleh diselitkan dengan menghiasi ladang atau kebundengan ewujudkan daya tarikan seperti restoran, kedai jualan buah-buahan atausayur-sayuran serta lain-lain aktiviti rekreasi di tapak pertanian untuk pelancongagro.Ini boleh dilakukan secara beransur-ansur. Menarik pelancong denganmembenarkan mereka memilih serta memetik sendiri buah-buahan dan sayursayuranpun sudah cukup menarik untuk pelawat-pelawa ini.Untuk bakal usahawan tani, pemupukan cita-cita dan minat terhadapkeusahawanan dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Pendedahanmaklumat yang menyeluruh terhadap dunia keusahawanan amat penting sebagairansangan generasi muda khususnya untuk memberi fokus lebih terhadap kerjayaini. Pemupukan minat dan cita-cita terhadap keusahawanan dalam kalangan pelajar dapat menonjolkan usahawan berjaya dalam kurikulum pendidikan keusahawanan. Penonjolan inipenting untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai kelebihan bekerja sendiridan terlibat dalam bidang keusahawanan. Selain daripada input yang bersifatakademik dan pengetahuan, amalan praktis keusahawanan perlu di perhebat dandiberikan peluang kepada pelajar dalam konteks memperolehi pengalaman secaralangsung dalam perniagaan atau mengendalikan entiti perniagaan yang sesuai.

Rujukan


Jabatan Perangkaan Malaysia (2011).Akaun SatelitPelancongan Malaysia 2001-2010. Putrajaya. Percetakan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2009). Data Siri Masa Bilangan Penduduk Bekerja Mengikut Industri, Malaysia. Kuala Lumpur: JabatanPerangkaan Malaysia.

 LaporanTahunan (2010). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Rahmah dan Noorsiah (2010). Analysis of Labour Requirements in the Malaysian Services Sector.
Song. H,Gang.L,. 2005. Tourism Demand Modelling and Forecasting A Review of Recent Research.

Misyadi bin Mampusi. (2012). Pelaburan Modal Manusia Dan Perubahan Komposisi Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Di Malaysia. Tesis Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Ghani, A. (2013). Malaysia destinasi utama pelancongan Islam. Dewan Budaya


Asmak& Fatimah, S. (2010). Pelancongan dari perspektif Islam. In M. A. Yakob, H. Ismail, & T. Ibrahim (Eds.), Prosiding Seminar Pengurusan Perhotelan & Pelancongan Islam 2010. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Ahad, 15 November 2015

Assalamualaikum,,,

Pssstt  arini nak cite sikit ttg shopping ni..Korang Yg Gugurl msti suka kan..Yeayy!!

tp masalahnya gugurl2 ni sibok memanjang dgn kerja la, study la, smpai xsempat nk beli brg utk dri sndri..haaa, kali ni nak share sikit 3 laman web yg jual mcm2 pilihan yg pasti korang suka..


1.LAZADA

Lazada, perintis e-dagang merentasi beberapa negara yang pesat membangun menawarkan satu pusat membeli-belah online yang cepat, selamat dan mudah dengan pilihan produk yang luas dalam kategori meliputi fesyen, elektronik pengguna kepada barang-barang rumah,mainan dan peralatan sukan. Lazada sentiasa berjuang untuk menawarkan pelanggan-pelanggannya penawaran terbaik - termasuk pilihan pembayaran berganda, pergi balik percuma, perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga waranti. 

skg plak korang bole install app Lazada kat gedung play.. so lg senang kan..yeay.



2. NILE



Nile.com.my merupakan portal Shopping Online Malaysia yang berkembang pesat. Mereka percaya dalam "Kepentingan Pelanggan" bagi memastikan setiap RM yang dibelanjakan pelanggan adalah berbaloi. Ini boleh dicapai di portal Shopping Online di mana mereka mengurangkan kos dalam model perniagaan tradisional dan memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan mereka. Kos mereka termasuk tenaga kerja, kos bahan tinggi, pelbagai lapisan pengantara kos, sewa dan lain-lain.


3. HERMO


ok gurl, kalu korang nak shopping makeup murah2 tp ada brand, jom klink laman web ni k..
brand yg ada spt BH cosmetic, etude house, holikaholika, dan byk lagi..so ap lg grab la tp klu aq time sale jew bru beli..huaaaa  

Khamis, 15 Oktober 2015

salam Ma'al Hijrah

Assalamualaikum 

Salam Ma'al Hijrah. paling asas kita kena tahu ialah Ma'al Hijrah bukan sekadar cuti umum tahunan kerajaan bagi, maka bolehlah plan untuk prepare final exam.(mmm ayat cam struggle je)
kalau kita cakap pasal Ma'al Hijral, haruslah kita cakap pasal azam baru. Azam kita untuk berhijrah dari yang buruk kepada yang baik, yang susah kepada lebih senang, yang jahil kepada lebih berilmu.



selalunya, azam lebih kepada kepentingan diri kita sendiri. tak nak tangguh kerja, nak lebih punctual dalam solat, jauh gossip, dan bla bla. semua untuk diri sendiri. tapi tahun ni, kita sama sama berazam bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk saudara se-Islam kita juga. lebih lebih lagi untuk Gaza.

Ya ALLAH, memang terkejut apabila peristiwa seorang gadis sanggup pertahankan islam kerana perintah ALLAH untuk menutup aurat. Berani mati kerana Allah..Semoga Syurga tempatnya. Namun itu antara sifat Yahudi yang jelas, yakni Dendam dan Dengki. tak pernah diam untuk tengok Islam jadi musnah.

dan sekarang..

yang nak membezakan kita umat Rasullah dengan Yahudi Laknatullah adalah sifat dalaman kita. hati. biar kita membawa pekerti Rasullah. saling bermaaf-maafan. tidak berdendam dan yang penting, mendoakan akan kebaikan orang lain. biar kita nampak indah pekertinya.


kuatkan diri kita dengan ilmu, dengan bertambahnya ilmu akan tingkatkan iman kita. dengan iman yang semakin meningkat, buatkan kita makin rasa sayang kita terhadap agama kita, dan dengan ni sajalah akan buatkan kita semua bersatu padu menggunakan ilmu yang ada untuk sama-sama membantu saudara kita di Gaza. InsyaALLAH.

sebab umat Islam tak bersatu padu lah, Israel bermaharajalela sekarang ni. padahal population dorang dengan umat Islam seluruh dunia ni, secoet je. paling cikai pun, tolonglah dengan doa, dan isikan waktu dengan solat hajat. mendoakan Gaza bukan saja selamat, tapi doa pengajaran ALLAH untuk Yahudi di Israel. Amin.



Nauzubillah.

akhir kata dari dahku yang membawa mesej Keamanan di Tahun Baru ini, marilah kita bukan saja renew azam untuk diri sendiri, namun untuk umat Islam sejagat. heee :D

terima kasih sudi baca. ^^

Jumaat, 25 September 2015

Nor Azizah, tapi boleh panggil 'Azi' atau 'Nor'. Azi dilahirkan pada 21/10/1992 dan sekarang berusia 23tahun. dilahirkan dan dibesarkan di Johor. ya! Sultan Johor mmg Awesome  



status Azi adalah seorang isteri kepada mr.b ^^ 



secara umumnya, azi berbelog mengenai kehidupan personal azi dan aktiviti kesukaan azi, dan azi juga suka berkongsi tips dan ilmu untuk pembaca azi.:')





thanks yep pada yang sudi singgah menyinggah di belog yang tak seberapa ni



yang benar,

Azi